Thursday, March 8

S.M.I.L.E.S

assalamualaikum.
senyum memberikan sejuta makna dan semangat baru walaupun permulaannya sukar tapi dengan sedikit senyuman yang terukir ia membuatkan nafas aku mula untuk menjejaki fasa yang lebih harmonis :) mungkin juga dengan senyuman yang diberikan oleh orang yang tersayang dalam hidup untuk kita telah membuatkan kita terus senyum dan senyum . pandang dengan senyuman walaupun sedikit kerana ia lebih baik daripada bermuram yang mampu menambahkan kekusutan . okay guys lets start to smile for our self first before give truth smile for others !


this picture give big smile when i look into 


keep smiling 


terima kasih awak

* I end this with sincere smile 

Tuesday, March 6

hanya coretan



siang malam berganti, sejarah tetap dinamakan sejarah . segala yang berlaku masih melekat di kotak fikiran , terbuku di minda dan naluri . baik mahupun sebaliknya tidak dapat di perbetulkan lagi andai itu jadinya , kita masih akan merungut , menyesal akan susuata yang tidak dapat dimiliki? untuk apa kiranya ia akan merosakkan minda mengaburi fikiran dan menyesakan perasaan . untuk berkata sememangnya mudah apatah lagi mengarahkan , mengkritik , itu semua seakan sudah menjadi tabiat . bahkan diri ini pun sering kali lemah jatuh dan tersungku pabila berhadapan dengan dugaan . sememangnya untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan bukan mudah jugak menolak sesuatu yang tidak dijemput hadir dalam setiap saat minit jam dikala aku tidak memerlukannya. untuk bangkit mencari perkara yang pasti bukan mimpi seolah membina sesuatu yang menunggu bertahun untuk menampakkan hasilnya . mungkin juga bergantung pada diri individu demekian . kekadang perkara baru menampakkan siapa diri kita selepas pembaharuan terjadi , lalu menempa perasaan untuk bersyukur terhadapNya atas apa yang berlaku . silam semamngnya pahit namum seiring dengan itu kita perlu memperlihatkan impak dan manfaat yang dapat digenggam pada saat itu . mengeluh dan mempersoalkan kenapa? mengapa? tidak memberikan jawapan dan kepuasan yang dicari . nah , maka teruskan lah apa yang terjadi dengan mencari kekuatan diri , memperbaiki kesilapan lalu dan menerusakan impian baru : )